Sunday, 18 March 2012

Antara PERCINTAAN dan PERSAHABATAN... Dua perkara yang mempunyai perbezaan !

ANTARA CINTA DAN PERSAHABATAN ?
Andainya aku diberi pilihan untuk memilih diantara kedua-duanya,
Akan ku pilih kedua-duanya,
Kerana bagiku ianya sama bererti dan bernilai dalam hidupku..

Definasi CINTA...
Suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya,
Kerana disebalik keindahan cinta itu,
Tersirat seribu kepahitan,
Yang pastinya merentap kedamaian jiwa seorang pencinta setia
tatkala hubungan diundang kekecewaan...
Namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa yang punya hati dan perasaan,
Hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini tak terungkai dengan bicara dibibir,
Tak tergambar dengan lakonan..
Begitu syahdunya kurniaan ILLAHI,
Lahirnya dari hati seorang insan yang BERAKAL, BEREMOSI, PENYAYANG & BERPERASAAN...

Definasi PERSAHABATAN...
Suatu ikatan yang lahir dari hati,
Keinginan yang ikhlas,
Bagi berkongsi tangis tawa, kasih sayang serta keakraban,
Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya,
Tentang impian dan pengertian hidup ini...
Persahabatan yang murni dan suci boleh diibaratkan seperti 
sebuah perhubungan yang disulami dengan benang kejujuran,
Diwarnai dengan keikhlasan,
Dicurahi dengan kasih sayang yang sejati,
Sekiranya ada yang menjadi seperti gunting dalam lipatan,
Maka robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan...

Teman yang budiman,
Mengertilah maksudku ini,
Sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecilku ini,
Sejak perkenalan kita...

Kita sama-sama bina tugu persahabatan,
Yang kita pagari sendiri dengan pagar kedewasaan,
Yang teguh berdiri megah dilaman hati kita,
Yang tak tumbang dek rintangan,
Tapi hanya satu yang ingin ku pinta,
Agar dikau sentiasa mengingati diriku ini 
tidak kira dalam apa jua keadaan... 



Saturday, 17 March 2012

Novelku !


DI PERSIMPANGAN DILEMA
“dirimu dan dirinya kini ada dihatiku, membawa aku dalam kehancuran.. manakala kehadiran dia yang terbaru, menambah kesulitan di diri ini…”


Bab 1
“Dalam kita bersahabat, terapkanlah nilai-nilai murni pada sahabat kita tu. Bersahabatlah kamu kerana Allah SWT insyaAllah kamu akan mendapat keberkatannya kelak.” Pesanan dari arwah ayah yang tercinta menjengah di kotak fikiran Mukriz ketika dia sedang duduk termenung sendirian di bawah pokok rambutan yang rendang menyapu bumi. Dengan suasana angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, Mukhriz mengeluarkan telefon bimbitnya dan menekan butang ‘contact’. Setelah puas Mukhriz mencari-cari nama yang hendak dia hubungi, tiba-tiba bahunya di tepuk dari arah belakang.

“Haaaa, disini rupanya kau Riz? Puas aku cari kau serata kampung. Rupa-rupanya disini ‘port’ kau melayan perasaan.” Sergah Qistina dari arah belakang dengan muka ‘selamber’ lalu merampas telefon yang berada di dalam genggaman Mukhriz.

“Hei Qis, janganlah.” Mukhriz bergelut dengan Qistina sehingga gadis bertudung ala-ala Najwa Latif itu mengaku kalah sambil duduk di hadapan Mukhriz dengan riak wajah yang sedikit mencuka.

“Aku baru nak...” Kata-kata Mukhriz terhenti sejenak setelah melihat Qistina yang berada di hadapannya memegang-megang pergelangan tangannya tanda kesakitan akibat pergelutan yang berlaku di antara mereka tadi.

“Kau tak apa-apa kan?” Mukhriz bersuara dengan wajah yang sedikit risau. Namun, pertanyaan Mukhriz tidak dihiraukan oleh Qistina.
Mukhriz bertanya lagi dengan soalan yang sama. 
“Aku oklah Riz.” Qistina menjawab sambil bangun dan terus melabuhkan punggungnya disebelah Mukhriz.

“Kau nak call aku ke tadi?” soal gadis yang mempunyai kacukan darah melayu dan arab itu.

“Aku nak call kau lah tadi tapi, kau dah datang tepat pada masanya. Macam faham-faham je kau kan?” balas Mukhriz sambil membaling seketul batu ke arah air sungai yang deras mengalir tanpa ada yang menyekatnya.

“Eh Qis, dah lewat ni. Jom aku hantar kau balik. Lagipun tak elok anak dara yang ‘mix blood’ macam kau keluar lewat senja macam ni.” Ujar Mukhriz sambil menghulurkan tangannya ke arah Qistina untuk memberi pertolongan kerana Mukhirz sedar yang pergelangan tangan gadis bertudung di hadapannya itu sakit gara-gara dia juga.

“Nanti kena tangkap basah, tak pasal-pasal kena kahwin ‘free’ dengan kau. Tak naklah aku. Aku masih ada impian yang perlu dicapai.” Bersahaja Mukhriz berjenaka sambil menepuk-nepuk tangannya yang berpasir itu.

“Eh, kau ingat aku ingin sangat ke? Dari kahwin dengan kau, ‘better’ aku jadi andartu.” Qistina membentak setelah dia menyedari yang usikan dari Mukhriz agar keterlaluan.

“Apa orang putih sebut? Single is better than couple. Kan?” Mencelah Qistina dengan nada mengejek.
“Eleh, nak ‘speaking’ london konon minah senget ni?” gumam Mukhriz di dalam hatinya. “Sudah-sudah, jom kita balik. I don’t want to make arguement with you for this time.” Tegas Mukhriz sambil memulakan langkahnya sambil diiringi oleh Qistina. Lalu mereka berdua beriringan di waktu matahari hendak terbenam. 

Bunyi cengkerik dan unggas yang berkeliaran menghangatkan lagi suasana malam di Kampung Jelapang Jaya. Di kampung inilah Mukhriz dilahirkan dan dibesarkan oleh pasangan Abdul Aziz dan Noorhani, dan dikampung inilah juga menjadi sejarah hitam yang akan dikenang oleh Mukhriz sampai bila-bila. Bapa Mukhirz, Abdul Aziz adalah seorang guru besar yang sangat tegas dan mementingkan soal pelajaran. Berlainan pula dengan ibunya, Noorhani, seorang yang sangat penyayang meskipun bekerja sebagai seorang ustazah di sebuah sekolah agama di bandar. Selain Mukhriz, Hamadi, Hamiza dan Hazizi juga adalah anak kepada pasangan Abdul Aziz dan Noorhani. Kehidupan mereka anak-beranak sangat bahagia meskipun ada rahsia yang di sembunyikan oleh Abdul Aziz dan Noorhani. Mungkin suatu hari nanti, segala-galanya akan terungkai juga bila sudah tiba masanya. Sedang Mukhriz dibuai dunia khayalan yang dicipta olehnya sendiri, tiba-tiba dia dikejutkan oleh deringan telefon.

“Assalamualaikum. May I speak with Adam Mukhriz Abdul Aziz?” suara seorang gadis menyoal di hujung talian.

“Waalaikumussalam.” Ringkas Mukhriz menjawab. “Yes, im Adam Mukhriz Abdul Aziz. May I know who are there?” soal Mukhriz kepada ‘gadis misteri’ di hujung talian.

“Im Farah Diba from The Photochronic Company Art & Design.” Gadis dihujung talian memperkenalkan dirinya. “Maaflah kalau saya mengganggu Encik malam-malam begini. Saya sekadar mahu memberitahu yang permohonan Encik Adam untuk bekerja di syarikat kami telahpun di luluskan dan Encik boleh datang untuk mula bekerja pada pada minggu hadapan ya?” ujar Farah dengan terperinci dan secara formal menyebut satu-persatu patah perkataan.

“Oh my Godness. I can’t believe it. Are you sure Miss Farah Diba? You’re not jocking right?” soal Mukhirz bertubi-tubi untuk mencari kepastian.

“Betul Encik, saya tak tipu. Takkanlah soal begini saya nak main-main.” Farah yang berada dihujung talian memberi keterangan yang meyakinkan Mukhriz yang seperti tidak percaya.

“Baiklah Cik Farah. Minggu depan saya pergi ke syarikat cik untuk melapor diri.” Mukhriz berkata dengan senyuman yang terukir di bibirnya.

“Ok Encik Adam. Itu saja yang nak saya beritahu. Jumpa awak Isnin ni ya? Assalamualaikum.” Farah mengakhiri perbualan mereka di telefon.

“Waalaikumussalam.” Balas Mukhriz. “Syukur Alhamdulillah.” Mukhriz melepaskan rasa syukurnya. 

“Akhirnya permohonan aku diterima juga.” Desis Mukhriz di dalam hati. Lalu, Mukhriz mengambil telefon bimbitnya dan menghantar mesej kepada Qistina.

“Esok aku nak jumpa kau dekat food court Giant Simpang tau? Ada benda penting dan amat menggembirakan buat aku yang nak aku ‘share’ dengan kau, Minah Senget.”

Qistina yang sedang membaca novel tersentak apabila menerima kiriman sms. Lalu Qistina membaca mesej yang di kirim oleh Mukhriz.

“Eh, apahal pulak mamat comot ni nak jumpa aku?” Qistina kepelikan lalu membaca sekali lagi mesej yang dikirim kepadanya.

“Petang tadi dahlah cakap main sedap mulut je. Berat berkati-kati, memang menyakitkan hati.” Gumam Qistina tanda tidak puas hati. Lalu dia membalas mesej Mukhriz.

“Baiklah Mamat Comot…” 

Suasana di food court Giant sungguh sesak dan riuh rendah. Mana tidaknya, semua orang cuti pada hari itu. Bermacam-macam gelagat yang dapat dilihat pada hari itu. Ada  pasangan ‘couple’ dengan aksi suap-menyuap, ada suami isteri yang seperti baru nak ‘honeymoon’, dan macam-macam gelagat lagi. Di hujung suatu sudut berdekatan dengan ‘Mee Curry Corner’, kelihatan seorang gadis bersusuk tubuh kecil, sedang gelisah menantikan kehadiran seseorang.

“Assalamualaikum, minah senget”. Sapa Mukhriz dari arah belakang Qistina.

“Waalaikumussalam Encik Mamat Comot,” balas Qistina sambil menyedut air milo yang dibelinya tadi.

“Lagi sekali kau gelarkan dengan panggilan Minah Senget, memang aku bagi kepala kau senget,” serius suara Qistina kerana dia semenangnya tidak suka digelarkan dengan panggilan tersebut.

“Baiklah Puteri Syaza Qistina Binti Syeikh Muzaffar,” ujar Mukhriz dengan nada seperti orang meminta maaf.

“Kau taknak order apa-apa ke? Takpa, aku belanja hari ni,” Mukhriz memulakan bicara setelah melihat wajah Qistina masam mencuka. Dia tidak mahu ‘mood’ gembiranya yang hendak dikongsi dengan Qistina bertukar menjadi lain gara-gara hal kecil saja.

“Tak kot Riz, sebab aku nak kena balik awal. Lagipun adik aku takda sapa nak jaga sebab ‘parents’ aku pergi ‘outstation’.” Balas Qistina bersahaja.

“Baiklah kalau begitu. Oh ya Qis, I want to tell you something a good news.” Mukhriz memulakan bicaranya.

“Semalam, syarikat yang aku bagitahu kau tempoh hari tu ada telefon aku. Kau tau apa mereka cakap?” sengaja Mukhriz membiarkan ayatnya tergantung.

“Ish mamat ni, lain kali kalau nak cakap, cakap je lah ‘straight to the point’. Ni sangkut-sangkut. Makan nasi berulamkan lada, memang mengada-ngada,” gumam Qistina di dalam hati.
Qistina yang sememangnya diberi gelaran ‘ratu pantun’ di zaman sekolah dahulu memang tidak dapat dipisahkn dengan pantun bila berbicara.

“Mereka cakap apa Riz?” soal Qistina ingin tahu.

“Permohonan aku diterima.” Pendek tetapi sungguh bermakna kata-kata Mukhriz.

“What? Are you serius?” soal Qistina dengan wajah yang agak terkejut dengan kata-kata sahabatnya sebentar tadi.

“Iye Qis. Aku tak tipu.” Mukhriz berkata lagi dengan senyuman yang terukir di wajahnya tanda kegembiraan.

“Tahniah Riz. Jadi, ‘conform’lah kau akan pergi behijrah ke negeri orang ni?” soal Qistina sekali lagi.

“Rasa-rasa begitulah Qis. Bila lagi aku nak merasa duduk di tempat orang, tambah-tambah negeri Sabah Di Bawah Bayu. Bukan ke nabi kita menggalakkan supaya kita berhijrah?” Mukhriz menjawab soalan yang di ajukan kepadanya. “Tambah-tambah, ‘awek-awek’ Sabah cun-melecun tu Qis. Memang kau aku pandang sebelah mata sajalah lepas ni.” Usik Mukhriz, sengaja nak membangkitkan kemarahan Qistina.

“Entah-entah masa kau balik sini nanti, tengok-tengok aku dah beranak-pinak kot? Masa tu baru melopong mulut kau,” uji Qistina untuk mempertahankan maruahnya setelah diusik oleh Mukhriz.
Riak wajah Mukhriz tiba-tiba bertukar rupa. Dia sendiri tidak pasti kenapa boleh ada perasaan cemburu bila melihat Qistina dengan lelaki lain atau sebut pasal kahwin dengan orang lain. Selama ini, dia hanya menganggap Qistina sekadar ‘teman tapi mesra’ saja. Dia sendiri bingung dengan perasaannya tersebut. Dengan cepat dia melemparkan satu senyuman ke arah Qistina agar gadis di depannya tidak sedar riak mukanya yang tiba-tiba bertukar tadi.

“Takpelah kalau begitu. Anggap saja kita tiada jodoh dan taarufan, chewahhhh.” Usik Mukhriz tetapi tersirat 1001 maksud disebalik kata-katanya itu.

“Jadi, bila kau punya flight?” soal Qistina setelah menyedari yang kata-kata sahabatnya itu mempunyai maksud lain.

“Lusa.” Ringkas saja jawapan Mukhriz.

“Aku hantar kau ke airport ya, Riz? KLIA atau LCCT?” soal Qistina lagi.

“Mungkin LCCT rasanya sebab aku mana ada duit nak naik MAS. Lainlah macam kau, anak orang kaya. Ayah ada pangkat Dato’.” Mukhriz berkata dengan nada seolah-olah merendah diri.

“Graphic Designer Adam Mukhriz oi, yang kaya dan ada pangkat Dato’ tu ayah aku ye? Aku sama macam orang-orang lain juga. Apa bezanya kalau aku orang kaya dan kau orang miskin? Nothing different right? Kaya ke, miskin ke, kita tetap hamba Allah SWT, Riz.” Qistina bersuara. Tetapi kali ini agak tegas kerana dia memang tidak suka pada orang yang suka merendah-rendahkan diri sendiri.

“So? Please don’t say like that again. I don’t want to hear that, ok?” tengking Qistina sekali lagi dalam keadaan tegas.
Terkejut Mukhriz dengan sikap sahabatnya itu kerana selama ini, Qistina yang dia kenali tidak setegas sepertimana yang ada di depan matanya sekarang ini. Qistina yang dia kenali selama ini adalah seorang yang lemah lembut, sopan santun, peramah dan memang cukup ‘package’ untuk dijadikan calon isteri.

“Baiklah Qis, aku minta maaf. Aku sedar aku tak sepatutnya cakap macam tu tadi. Sekali lagi aku minta maaf ya?” tutur Mukhriz lemah seolah-olah malu setelah ditengking oleh Qistina.

“Tak mengapa Riz. Tak menjadi kudis pun pada aku.” Qistina cuba berjenakan agar sahabatnya tidak tersinggung dengan tengkingan dia sebentar tadi. Kedengaran ketawa kecil bergema mengiringi perbualan mereka berdua.


Bab 2
Di lapangan terbang antarabangsa LCCT, kelihatan berpusu-pusu orang yang hendak ‘terbang’. Semua orang tidak mahu lepaskan peluang untuk ‘terbang’ bersama-sama AIR ASIA. Dengan ‘tagline’, ‘sesiapa saja boleh terbang dengan tambang yang murah’, pasti semua orang tidak mahu lepaskan peluang untuk bercuti dengan ‘package’ AIR ASIA yang telah disediakan.  Dalam kesibukan orang ramai itu, kelihatan Mukhriz sedang menunggu kehadiran Qistina sambil ditemani oleh seorang lagi sahabat karibnya, iaitu Hafiz.

“Kau ni gelisah semacam je, macam kucing mati anak ni kenapa Riz?” soal hafiz hairan dengan kelakuan sahabatnya yang meninjau-ninjau mecari seseorang.

“Takda apa-apalah Fiz.” Mukhriz belagak ‘cool’.
Dia tidak mahu kelakuannya yang tidak senang duduk itu dapat di hidu oleh Hafiz. “Riz, aku kenal kau bukan sehari dua. Masuk hari ni, dah genap 18 tahun kau tau? Sejak di tadika lagi kita kenal, masakan aku tak boleh tau kalau kau gelisah ataupun tidak.” Hafiz menyoal lagi untuk mencari kepastian dan ingin tahu siapa yang dinanti-nantikan oleh sahabatnya itu.
Dari jauh kelihatan gadis kecik molek, dengan berbaju kurung moden berwarna biru laut, di kenakan pula dengan tudung Najwa Latif bunga-bunga ros kecil berwarna putih, menyerlahkan lagi kejelitaan dan keayuan yang ada pada Qistina.

“Sorry Riz, daddy I tadi tak boleh datang. So, dia suruh driver dia datang jemput I untuk datang ke sini. Sebab tu I lambat.” Qistina memulakan bicara sambil duduk di sebelah Mukhriz tanpa menyedari yang Hafiz baru datang dari arah tandas berdekatan.

“It’s ok Qis,” tenang Mukhriz menjawab.

“Ohh, patutlah duduk tak senang, berdiri tak senang, asyik tengok handphone je dari tadi. Rupa-rupanya, Puteri Syaza Qistina yang dinanti-nantikan oleh cik abang kita ni.” Usik Hafiz dari arah belakang tempat duduk Mukhriz dan Qistina sambil diiringi gelak tawa seakan-akan mengejek setelah menyedari muka Qistina merah padam dan muka Mukhriz terpinga-pinga.

“Eh Fiz, kau jangan serkap jarang ye? Aku dengan mamat comot ni takda apa-apa ‘special feeling’ pun. We all just friends, ok?” Qistina cuba menafikan andaian Faez tadi.

“Cik Qistina oii, ada pensel ada pemadam, kenapa murah awak merah padam? Hahaha.” Usik Hafiz lagi.

“Errrrrrr…” Qistina mati kutu dengan ‘pantun’ Hafiz.

“Eh, dahlah Fiz, Qis. Sini bukan gelanggang debat atau perbahasan. Jadi, tak payah nak jual beli pantun pulak kat sini. Tak laku pun.” Celah Mukhriz untuk menamatkan debat di antara Hafiz dan Qistina.

“Hahaha.” Gelak Hafiz seakan mengejek.

“Oh ya Riz, pukul berapa kau punya flight?” soal Qistina setelah keadaan kembali reda tanpa ada jual beli pantun.

“Pukul 3.45 petang,” ujar Mukhriz sambil sempat melirikkan matanya ke arah jam yang ada di tangannya.

“Masih ada 45 minit lagi la kalau begitu. Sekarang baru pukul 3 petang.” Qistina bersahaja berkata.

“So, ‘boarding time early 15 minutes right?” soal Qistina lagi.


“Yup, kenapa?” soalan di balas dengan soalan juga dari Mukhriz.

“Eh mamat ni! Kita soal dia, dia soal kita balik?” Qistina bermonolog sendiri di dalam hati.

“Nothing else, Riz.” Ringkas Qistina menjawab kerana dia sudah kehabisan idea untuk berkata-kata.

“Qis, sebenarnya aku ada benda penting nak bagitahu dekat kau. Actually, I…” ayat Mukhriz tersangkut tiba-tiba.

“Perhatian, kepada penumpang-penumpang MH 2704 sila berada di ruangan menunggu sekarang.” Suara pengumuman bagi ‘boarding time’ membantutkan niat Mukhriz untuk menyatakan hasrat hatinya kepada Qistina.

“Takpalah, biarkanlah dulu. Kalau jodoh tak ke mana. Bak kata Dato’ Siti Nurhaliza, Biarlah Rahsia.” Desis Mukhriz di dalam hati sendiri.

“Riz, kau jangan lupakan aku di semenanjung ni ye?” perlahan suara Qistina kedengaran dengan nada yang sebak . Dia sendiri tidak tahu kenapa mesti perasaan hiba datang menyelubungi perasaannya tatkala hendak berpisah dengan Mukhriz sekarang ini.

“Eh, takkan aku boleh lupa pada kau Qis. Kau kan sahabat baik aku merangkap ‘bini no 2’ aku sampai bila-bila. Hahaha.” Mukhriz bersahaja menjawab sambil melepaskan gelakan yang agak kuat.

“Eh, kenapa aku ni? Qistina, kau tak boleh ikut perasaan yang kau sendiri tak tahu jawapannya.” Suara hati kecil Qistina berperang-perang di dalam.

“Kau ni kenapa Qis? Sensitif semacam je?” soal Mukhriz kehairanan. “Sebenarnya aku… aku…” ayat Qistina terputus-putus seperti pesalah yang sedang di soal siasat.

“Eh, sejak bila pulak Qistina yang aku kenal seorang yang pemalu pulak ni?” Mukhriz terus menyoal bagi mendapatkan jawapan.

“Takkan aku nak mulakan dulu? Memang perigi cari timba la jawabnya.” Ngomel Qistina sendirian.

“Takpalah Qis. Aku dah lewat ni. Nanti tak pasal-pasal terlepas pulak penerbangan aku. Aku pergi dulu ya?” Mukhriz bersahaja berkata sambil bangun dan menarik pemegang beg sorong yang beada di sisinya itu.

“Qis, what happen will be, you’re still my beloved friend until my last breath. I’ll promise.” Mukhriz berkata sekali lagi sambil memegang tangan Qistina.

“Really?” Qistina menyoal bagi mendapatkan kepastian sambil ada air jernih yang mula bergenang di bening kelopak matanya.


“Trust me Qis, trust me.” Mukhriz terus menraih tangan Qistina lalu meletakkan di dadanya tanpa menghiraukan yang aksi mereka berdua itu diperhatikan oleh Hafiz yang berada di hujung suatu sudut berhampiran dengan mereka.

“Okey Riz. Take care ya? Jangan lupa call aku kalau kau dah selamat mendarat nanti, okey?” Lantas Qistina menarik tangannya yang berada di dalam genggaman setelah melihat Faez memandangnya dengan senyuman yang seakan mengejek.

“Okey Qis. U too. Assalamualaikum.” Mukhriz cuba berlagak ‘cool’ setelah malu kerana tidak sedar yang perbuatannya itu sudah keterlaluan. Merah padam muka mereka berdua setelah terdengar batuk seperti mengejek dari arah Hafiz.

“Waalaikumussalam.” Qistina menjawab salam sahabatnya itu lalu duduk semula di kerusi.

“Fiz, aku pergi dulu ya? Mukhriz mendapatkan sahabatnya itu lalu mereka bersalam-salaman sambil berpelukan di antara satu sama lain.

“Sepanjang peninggalan aku nanti, kau tolong tengok-tengokkan Qistina untuk aku ya?” pesan Mukhriz kepada sahabat karibnya itu sambil meleraikan pelukan di antara mereka berdua.

“Eh, kau dengan minah senget tu ada apa-apa ke, Riz ? Semacam je aku tengok?” usik Hafiz sekali lagi meskipun dia sudah dapat menghidu hubungan di antara Mukhriz dan Qistina.

“Baiklah Fiz, aku kena minta diri dulu. InsyaAllah kalau tiada aral melintang, cuti nanti aku balik ye? Jaga diri baik-baik. Assalamualaikum.” Mukhriz tidak mengendahkan soalan dari sahabatnya itu dan terus melangkah pergi ke arah pihak imigresen untuk pemeriksaan. Sempat lagi Mukhriz menoleh ke arah belakang sambil melambaikan tangan kepada Qistina dan Hafiz.

Setelah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan Sabah yang memakan masa selama 2 jam 45 minit itu telah selamat mendarat, Mukhriz melangkah kea rah tempat untuk mengambil bagasinya. Sedang dia menunggu gilirannya untuk mengambil bagasinya, tiba-tiba handphonenya berbunyi.

“Cik Mukhriz di mana? Saya ada di depan pihak imigresen bahagian luar ni.” Jelas Farah setelah hampir sepuluh minit menunggu Mukhriz yang sudah tiba di lapangan terbang Sandakan.

“Kejap, saya baru nak keluar ni.” Mukhirz mempercepatkan langkahnya agar tidak membuat Farah tertunggu-tunggu akan ketibaan dia.

“Assalamualaikum.” Sapa seorang gadis ‘free hair’ dari arah belakang Mukhriz. Dengan mempunyai ketinggian ala-ala model, bentuk muka bujur sireh, mata kuyu, memang membuat kaum Adam yang melihat Farah Diba Mansur menjadi cair.

“Waalaikumussalam.” Balas Mukhriz sambil mamalingkan wajahnya ke arah suara yang menegurnya tadi.

“Comotnya mamat ni! Tapi ‘handsome,” desis hati kecil Farah berbicara tatkala terpandang wajah Mukhriz.

“Pergghhh, cantik betul gadis yang ada depan mata aku ni,” spontan Mukhriz berkata di dalam hatinya ketika mata mereka berdua bertentangan antara satu sama lain. Lantas Mukhriz cepat-cepat memalingkan mukanya supaya dia tidak hanyut dengan cinta pandang pertama.

“Dari pukul berapa Cik Farah tunggu saya?” Mukhriz memulakan bicara setelah dia dapati mereka berdua kelu untuk berbicara.

“Adalah dalam 15 minit kalau tak salah saya.” Bersahaja Farah menjawab sambil sempat anak matanya melirik dari hujung rambut hinggalah ke kasut Mukhriz. Memang tidak di nafikan yang sememangnya Mukhriz mempunyai raut wajah yang agak tampan. Dengan warna kulit yang putih kemerahan, bibir yang merah tanda dia bukan seorang perokok memang membuat semua gadis yang melihatkan akan cair. Tetapi, jambang yang tumbuh di wajah Mukhriz itulah yang membuat ramai gadis-gadis mengatakan dia seorang yang comot, tambah-tambah gadis yang dia cintai dalam diam-diam, iaitu Qistina. Masih Mukhriz ingat lagi ejekan Qistina pada dirinya dahulu semasa sama-sama menuntut di Universiti yang sama.

“Budak comot, boleh tak kalau kau cukur jambang kau tu. Serabai lah aku tengok. Macam orang tak terurus je.” Ejek Qistina pada Mukhriz sebelum melangkah keluar dari dewan kuliah. Tapi, memang tidak di akui yang jambang Mukhriz itulah yang membuatkan ramai gadis-gadis di Universiti Utara Malaysia tergila-gilakan dia.

“Hello Encik Mukhriz.” Sapa Farah sambil menepuk tangannya kea rah Mukhriz yang seperti hanyut dalam imbauan masa lampau.

“Err, maafkan saya Cik Farah. Apa yang Cik farah katakan tadi?” soal Mukhriz dengan muka terpinga-pinga seperti orang yang baru sedar dari tidur.

“Takda apa-apa. Eh, marilah saya hantar Encik Mukhriz ke hotel untuk berehat. 2 jam lebih dalam kapal terbang, mesti letih kan?” soal Farah sambil memulakan perjalanannya ke arah kereta BMW 7 series kepunyaannya. Memang terserlah Farah mempunyai ciri-ciri seorang gadis koprat yang berjaya. Mukhriz membontoti Farah dari arah belakang.

“Encik Mukhriz, nanti malam saya ambil awak dan kita ‘dinner’ sama-sama ya? Takpa kan?” pelawa farah seraya menghentakkan pinggulnya di atas sofa keretanya yang sememangnya empuk itu.

“Boleh juga. Lagipun saya tak tau nak makan dekat area mana.” Mukhriz menerima pelawaan Farah Diba untuk mengajaknya keluar. Lalu Farah terus memecut kereta BMWnya ke arah Sandakan Hotel yang berdekatan dengan pusat bandar. Setelah selesai ‘check-in’, Mukhriz terus melangkah menuju ke bilik 101 untuk membersihkan diri dan menunaikan tugasnya sebagai seorang Muslim.

Friday, 9 March 2012

Kisah Cinta Aku - Bab 2


Sampai jer aku kt hostel ( 3A-03 ALPHA VILLA ) , aku tewos campak beg ke atas katil ( dengan muka yg memang tengah marah dan masam mencuka ) . Tewos aku baring atas katil ( tapi before uh aku dah siap-2 tukar baju dan mandi taw ? siap solat isyak lagi sbb aku nie sembahyang punya org taw ? hehehe ) . Tewos aku check inbox kt handphone aku , tertera mesej dari ‘D’ yg berbunyi seperti nie . “ Sorry laaa , ‘D’ minta maap taw ? ( sorry naek lori laaa , desis hati aku cakap cenggitu aw ! ) . “ Nape mieroll marah sangat td dan tewos balek camtue jerk “ ? ( lebeyh kurang camtue laaa mesej dye , konon nk memujuk laaa tue ) . Aku apa lagi , tewos laa aku reply mesej ‘D’ . ( marah-2 pon apa boleyh buat , sebab macam dah mula fall in love jerk dengan dye , hehehe ) . “ Ye laaa , perak takde pe-2 , so uatpe laa nk buang masa utk layan budak Perak mcm mieroll nie kn “ ? ! ( aku balas mcm tue laaa lebeyh kurang ) . Tewos dye balas mesej aku ( sekali lagi handphone berbunyi nada dering – cuties sms - ) . “ Errmm , takpelaa klw cmtue . Esok kita jumpa lagi yerk ? Kali nie ‘D’ betol-2 minta maap ( sungguh manis betol dye nie masa mesej , cair aku di buatnyaaaa ) . Aku pon bersetuju untuk jumpa dengan dye pada keesokkan harinya sbb esok aku free , takde kelas . Yahooooooo ! ( boleyh tido puas-2 , hahaha ) .
Sebelom tido tue , aku dengar lagu Jatuh Cinta Lagi dari Matta Band ( wahh , jiwang jugak aku nie kn ? ) . Dalam masa aku asyik feeling dengan lagu uh , fikiran aku masig melayang-2 teringatkan raut wajah ‘D’ yg comel , sifat malu dye , tengkok pendek dye ( hehehe ) , dan segala-2nya ttg dye . Aku letakkan tangan atas dahi aku sambil berfikir ( ce korang uat , mesti korang rase tenang jerk ! ) . “ Aku nie dah jatoh cinta kew ? Tapi takkan dengan dye ? Huh ! “ ( soalan tue tibe-2 timbul kt dalam hati aku , angau dah aku nie ) . Aku malas nak layan perasaan sangat , sbb tanak bertepok sebelah tangan sbb kami baru je kenal meskipon before uh , dah kenal lama cuba tak penah jumpa jerk . Teros aku tarek selimot , dan tido ( tapi tak berdengkor taw ! hahaha ) .
Esok malamnya , adalah dalam pukol 8 lebeh camtue ( sebab aku tunggu abeh solat maghrib dan isyak dulu , baru nak jejalan mana-2 ) , aku pergi sekali lagi untuk menemui ‘D’ di Bukit Bintang . Tapi kali nie , aku bawak kawan serumah aku , Daus untuk jumpa dengan ‘D’ ( bukan nak balas dendam okey ) ! Sampai jerk t Bukit Bintang , aku mesej ‘D’ , cakap aku dah sampai kt Bukit Bintang . Aku tunggu dye dekat depan Times Square . Lama jugak la aku dengan Daus nunggu ( hampeh betol , macam dah tugu Negara pon ada kami masa uh ) . Last-2 , ‘D’ dating dengan pakai baju puteh . Comel sangat dye masa uh taw ( jujur aku puji , tade niat laen pon ) . Kami borak-2 laa , tapi aku lebey banyak borak dengan kawan aku jew ( saja nak balas dendam , padan muka ko ) . Lepas lepak-2 minum tue , aku , ‘D’ dan Daus pegi nengok wayang cerita hantu ape ntah . Mula-2 tue aku nak nengok cerita Adnan Sempit ( sebab leyh gelak-2 ) . Last-2 , terpaksa akur cakap ‘D’ , sbb dye nk nengok cerita hantu korea ( nk jerit-2 laa tue ) . Dalam asyik tengah layan citer hantu tue , leh pulak dye uat aksi menakotkan . Aku pon pe lagi , diamkan diri jer ( malas nak layan , sbb dh paham sgt ) . Tetibe aku jadi sejok , aku cakap la kt ‘D’ yg aku kesejokan . Korang taw pe dye uat ? Dye genggam tangan aku sambil aku tarek beg tutup tangan kami berdua supaya Daus tak Nampak ( tapi sangkaan kami salah , Daus tetap jugak Nampak sebab sebelah menyebelah jer pon . malu aku taw bila daus batok-2 seperti menyindir ) . Dah abeh citer tue , kami pon jalan la nak balek . Dalam perjalanan nak balek tue , kami lepak dekat McD sekali lagi . Kali nie , dye belanja aku Mc Chicken dan Daus sendirian berhad laaa ( padan muka ko Daus ) ! Kami makan laaa sama-2 . Eh , lupa pulak nak gitaw . Peberet dye kalau dating McD adalah BigMac ( memang tak cukop pon kalau dye makan yg 1 lapis tue , hahaha ) . Lepas dah abeh makan tue , aku pe lagi . Mulalah lakonan sebab nk balas dendam . Ape lagi , aku bahan la dye kaw-2 punye . Si Daus tergelak-2 ( padan muka ‘D’ ! semalam ko bahan aku sangat kn ? hamek ko ! ) . Tewos ‘D’ bengang dan ajak balek . Masa dekat depan pintu McD uh , aku nak salam dengan dye dan nak ciom tangan dye , tewos dye tarek tangan ( konon nak tunjuk yg dye marah laaa . ada ku kesah ? ) . Tapelaaa , aku pon buat laa muka bengang macam semalam . Nyaris-2 kepala cina mabuk yg lalu depan aku masa uh tak aku hentak dengan helmet . Bengang kot ?! Argggghhhhhhh ! ! ! ( dengar tak aku jerit sebab bengang ?! ) . Aku pon balek laa dengan Daus ( sempat lagi Daus cakap “ tak boleh blah nak merajuk , hahaha “ ) . Malu aku dibuatnya ( dalam hati , kuang asam punye Daus ! ) .
Sampai je kt bilik kesayangan aku , macam biasa , aku akan dengar lagu kat laptop sambil on9 ( konon nak cari jodoh la tueee , hehehe ) . Sekali lagi handphone aku berbunyi , aku dh dapat agak , mesti mesej dari ‘D’ . “ Nyesal sangat-2 jumpa tadi . Orang nk jumpa dye sorang , last-2 bawak kawan dye . Bagos tak payah jumpa jer ! “ ( mesej yg ‘D’ anta , lebeh kurang camtue laaaa . Aku jadi serba salah pon ada . Ermm , macam biasa , aku akan balas mesej dye . Aku minta maap pulak kali nie . Hehehe . Dan kami berjanji untuk jumpa kali ke-3 pada esoknya untuk menyelesaikan masalah di antara kami ( yelah , baru jumpa , dah gadoh-2 . tak romantik langsong ! padahal takde pe-2 relationship pon kn ? hampeh jer !! ) . Lepas mesej-2 dengan ‘D’ , aku lepak kt ruang tamu dan maen gitar . Tetiba datang ilham nak buat 1 lagu . Hahaha . ( tetibe jer kan ?! ) Datang kawan-2 aku , Acap , Cham , Daus , Nubhan , Haris , Epol dan Bapak peril-2 aku . “ Nampaknya , kawan kita sorang nie dh jiwang laaa . Cintan semacam jerk ? Minah mana yg sangkot  ? “ ( salah sorang dari dorang uh bersuara ) . Aku serba tak kena . Diam jerk ( bukan buat bodoh okey !! ) . Aku cakap la , “ mana ada ape-2 laaa . ( simple ringkas , pimple jerawat . so , simple jerk aku jawab ) . “ Dah laaa , jom lepak mamak . Ada bola malam nie “ ( acap ajak tengok bola sebab game Barcelona lawan – peberet team uh ) . Kami pon keluar ‘meronai’ ke kedai mamak di Sri Rampai .
Esoknya , adalah hari ketiga untuk aku pergi berjumpa dengan ‘D’ . Tengah siap-2 nak keluar , tiba-2 , prangggggggggggg . Hujan pulak turun . Terpaksa nunggu jap laaa ( nasib baek laaa x lebat ) . Lepas hujan dah berhenti , aku capai sweater kotak-2 ( old skool tuee ) , kunci moto , helmet aku , dan tewos memecot motosikal aku ( adalaaa dalam 120 meter moto aku masa uh ) ke Bukit Bintang . Dan kami berjanji nak berjumpa dekat KTV Karaoke , nak karoeke katanyeee ( hehehe ) . Sampai jer aku dekat port yg seperti dijanjikan , aku tak nampk pown lagi kelibat ‘D’ . Last-2 , dye mesej cakap ‘ondaway’ ( sebab tyme uh ujan renyai-2 lagi ) . Adalah dalam 5 minit lepas uh , aku Nampak kelibat dye datang dengan beg dan pakai baju warna biru gelap ( warna kesukaan dye uh ) . Aku pon pegi ke arah dye dan salam dengan dye ( senyum tak penah lekang taw dari raut wajah aku masa uh ) . Dye pon Tanya aku nak karoeke berapa lama ? Aku cakap la , “ its up to u , ‘D’ “ . ( simple , tapi bermakna taw ayat aku uh , hehehe ) . Then , dye pon pegi bayar dan kami amek bilik medium sebab bilik small dah abeh . Kami karaoke untuk sejam ( lama tak ? kejap jew kn ?! ) .
Starting karok , sapa lagi kalau bukan aku ( suara emas laaa katakan ) . Aku nyanyi lagu Memori Cinta Luka sbg pembuka “majlis” ( majlis kew ?!! ) . Lepas aku nyanyi , dye pulak nyanyi lagu yg betol-2 buat aku jatoh cinta ( nak taw tak lagu apa ?!! ) . Lagu peberet aku lak uh , lagu Mungkin dari Anuar Zain . Memang suara dye betol-2 buat aku cair laaa . Aku secara tak sengaja telah melentokkan kepala aku dekat atas bahu dye . Dye pon layan jew tanpa ada sebarang reaksi tak selesa kea tau apa ( nasib baek dye tak marah atau tanpa muka aku , hehehe ) . Dalam asyik nyanyi punya nyanyi , aku dengan spontan telah menggenggam tangan dye dan dye pon membalas balek genggaman aku tue dengan eratnya ( wahhh , romantic sungguh dan LINE CLEAR nie ) . Lepas dah abeh karaoke , kami pegi Times Square pulak , taw tak kami uatpe? ( teka laaa , ala korang nie tak sporting langsong laaaa !! ) . Kami uatpe ag , tengok wayang laaa ( tapi bukan buat wayang okey !! ) . Kami discuss dan kami setuju nak tengok cerita Jeritan Kuntilanak ( cerita hantu lagi , hurrrmmmmm ) . Tiba-2 , masa kami nak nak duduk dekat seat utk nengok citer hantu uh , korang nak taw apa dye yg berlaku ?!! Terpaksalah tunggu Bab 3 laaa pulak yerk ? Serabut sangat-2 sejak kebelakangan nie . Tu yg terpaksa tergantung jerk cerita aku nie . Huhuhu . Lagipon bila taip balek cerita nie , ingatan aku kt dye makin membuak-2 . So , korang kenalah tunggu . Sabo yerrrrr !!! Bye-2 semua yg sedia menunggu . Assalamualaikum . . . . . 

Wednesday, 7 March 2012

Kau tetap di jendela kenanganku .

Korang penah jumpa atau kenal tak dengan minah nie ? Ce teka , sapa minah bertudung nie ? Ehem-2 , sapalah budak senget nie kan ? Nak taw tak sapa dye ? Bacalah kat bawah nie . Hahaha ~


Nama dye Mey Inn Ciddus ( kalau tak silap aku laaaa ) . Dye nie Kristian dari Sabah ( memang taste aku SABAHAN pon ) . Sebelom kenal dengan dye , aku dengar citer , sumandak ( gadis ) Sabah cun-2 . Sekali dah jumpa dengan dye , perghhhh , memang betol pon . Tengok lesong pipit dye pon dh uat jantong aku berdegop kencang . Hahaha . Aku kenal dengan dye masa aku study kt Kuala Lumpur Metropolitan Univercity dulu . Kalau dah jodoh , tak kemana kan ? Pelik tak , aku course Graphic , dye pulak Nursing . Memang takkan jumpa pon . Tapi , korang taw tak macamana kami boleh jumpa ? Masa uh , tyme orentasi dan ada perjumpaan pasal PTPTN ( a.k.a PTPTipuuuuu !!! ) . Kawan aku , Hairi ( 1 umah ngan aku ) , budak Nursing gak . Dye bawaklaaa minah senget nie datang kt basement kolej . Aku tak perasan dye pada mulanya , last-2 kawan-2 aku cakap , " mieroll-2 , cuba ko tengok minah yg Hairi bawak uh . Pergghhhh , terbaek doeeeee ! " Aku pusing-2 jerk muka , ternampak dye senyom kt aku , memang macam jantong aku dah tercabot . Siyez beb , x tipu !!! ( tanak dapat dosa kering-2 nie ) . Kalau nak cerita dari A sampai Z , macamana aku boleh kapel dengan dye nie , mmg x cukop rasenye page nie kan ? Huhuhu . Di pendekkan cerita , aku kapel dengan dye dan kami bahagia . Cuma masa dye praktikal kt Nogori Sombilan , hubungan kami mula di landa krisis . Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah pakwe makwe kan ? ( peribahasa terbaru tueee ) . Akhirnya kami putus , tapi kami rujuk kembali taw sbb masing-2 sayang dan cinta antara 1 sama laen ( perggghhhhh , jiwangnyaaaaa !! ) . Tapi tak lama kami rujuk ( adalah dalam 5 bulan cmtue , kami putus untuk selama-lamanya ) . Korang nak taw pasal apa kami putus buat selama-2nya ? Sebab , yg dye sendiri ngaku depan aku yg dye takde niat nak convert Islam . Habis tue , takkan aku nak masok Kristian lak kot ? ( memang tak la der , simpang 44 malaikat laaaaa !! ) . Seolah-2 , macam hubungan kami takde arah tuju dan penghujung cintanya ( bak kata lagu ungu - penghujung cintaku ) . Kami discuss baek-2 , untuk uat haluan masing-2 . Bukan sebab aku tak laku ok ? Tolonglaaaa , ramai yg cuba isi borang lepas aku bergelar 'duda' tue taw ? Cuma aku je malas nk layan borang-2 yg di anto . Hinggalah aku berjumpa dengan 'D' pulak , pon dari Sabah . Tapi , korang kena baca dululah kesudahan cerita kisah cinta aku sampai habis taw bersama-2 'D' dan siapa 'D' itu . Sekian , miss u mummy ! Hehehe ~