Friday 27 April 2012

Cinta Jarak Jauh Dan Cara Untuk Mengatasi Rasa Rindu .



Bila terasa rindu, apa sahaja yang dibuat semuanya tak kena. Semuanya tidak menjadi. Betul tak? Kalau dah rindu kita akan asyik terbayang-bayangkan si dia. Masa makan kita akan teringatkan dia disamping kita. Waktu tidur pun kita akan terbayangkan akan si dia. Lebih-lebih lagi jika si dia adalah insan yang paling kita sayangi.
Rindu bila berjauhan memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi jika pasangan itu dipisahkan dengan jarak yang jauh. Maklumlah nak berjumpa memang mustahil melainkan kita sanggup mengabaikan tugasan semata-mata untuk melepaskan rindu. Cinta jarak jauh ini banyak dialami oleh mereka yang bekerja atau pelajar yang bercinta dengan pasangan yang bekerja atau belajar berlainan tempat.
Atas sebab-sebab ini, mereka terpaksa berkorban demi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab. Perasaan rindu itu akan lebih menebal sekiranya pasangan itu sudah berkahwin. Lagi-lagi buat mereka yang baru sahaja berkahwin tetapi terpaksa berjauhan kerana urusan kerja ataupun melanjutkan pelajaran di tempat yang lebih jauh.
Bila rindu apa yang harus kita lakukan? Adakah cara untuk mengubat rindu? Sebenarnya terdapat cara untuk kita mengubat rindu yang terbuku di dalam hati ini. Berikut adalah cara yang boleh dilakukan untuk mengubat rindu.

Hubungi Orang Yang Dirindui

Tidak dapat dinafikan hanya mendengar suara si dia sudah cukup untuk menggembirakan kita. Secara tak langsung kita akan senyum atau menangis bergantung pada tahap berapa kerinduan tersebut. Selain calling, kita juga boleh SMS, email, BBM, video call atau berutus surat. Dengan cara ini perasaan rindu yang ada dalam hati itu dapat diubati.

Melihat Foto Atau Video Si Dia

Kalau rindu, tataplah gambar atau video yang kita ambil bersama si dia. Perhatikan betul-betul apa yang membuatkan kita tertarik dengannya dan ingati saat manis-manis bersama dengan si dia. Zaman sekarang macam-macam cara kita boleh lihat gambar atau video si dia selain dalam album gambar. Dalam handphone, facebook, blog atau laman social yang lain.

Kunjungi Tempat Yang Pernah Dilewati Bersama

Pergilah ke tempat yang biasa dikunjungi ketika bersama dulu. Ia betul-betul membangkitkan kenangan bersama si dia. Gambarkan dia ada bersama kita. Biarlah orang sekeliling nak cakap kita gila. Pedulikan apa orang lain katakan asalkan rindu yang berbuku dihati dapat diubati.

Memeluk Pakaian Si Dia

Tahu tak bau pakaian yang telah dipakai oleh pasangan kita boleh mengubat kerinduan? Sebab itu bila sahaja ibu yang kehilangan orang yang disayanginya dia akan memeluk dan mencium pakaian untuk melepaskan rindu. Mungkin dengan memeluk dan cium pakaian orang yang kita sayangi itu, kita dapat merasakan si dia hampir dengan kita.

Lakukan Persediaan Untuk Dia

Bila terlalu kemaruk dengan rindu, banyak aktiviti harian tak dapat dilakukan dengan sempurna. Sebab kita hilang fokus. Masak pun tak cukup gula, sapu lantai tak cukup licin, buat kerja semua tak menjadi dan sebagainya. Kita akan jadi tidak keruan kerana sentiasa teringatkan si dia.
Jadi apa kata setkan di fikiran semua aktiviti yang kita lakukan itu semata-mata untuk si dia, orang yang kita rindui. Anggap sahaja kita sedang melakukan persediaan untuk menyambut dia pulang. Mungkin dengan cara ini kita akan jadi lebih bersemangat.
Sebenarnya tidak semua yang kita lakukan seperti diatas ini betul-betul boleh mengubat rindu kita pada si dia. Ikutkan ubat yang betul-betul berkesan untuk mengubat rindu adalah bertemu dengan dia. Hanya itu sahaja yang boleh mengubat rindu. Tetapi jika berjauh batunya jarak dia dengan kita, adalah mustahil untuk kita bertemu dengannya jika kita rindu. Sedikit sebanyak dengan apa yang kita lakukan seperti diatas boleh mengurangkan rindu kita pada si dia.

Tuesday 3 April 2012

Tips Cinta Hubungan Jarak Jauh



Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia wahai pencinta-2 sekalian .
Mieroll Comot disini dan pada posting kali ini saya akan berkongsi tentang bagaimana untuk menjaga hubungan jarak jauh agar terus berkekalan malah lebih hebat daripada hubungan jarak dekat ( hehehe ) .
Sebagaimana yang kita tahu , cinta antara dua insan hendaklah mempunyai penghubung atau ‘connector’ yang menyambung kedua-dua hati mereka .
Jadi persoalannya sekarang , bagaimana kita hendak mengekalkan hubungan jarak jauh itu ?!!
Jawapannya adalah kita perlu sentiasa mendail nombor hati pasangan kita dan menghubungi mereka selalu :) . ( macam saya selalu buat , 1 Perak dan 1 lagi Sabah , hehehe )
Berikut adalah tips cinta ringkas untuk mengekalkan hubungan cinta jarak jauh . 
1) Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap .
Ya , kalau boleh selagi kudrat masih ada , selagi sihat dan selagi ada wang , usahalah untuk berjumpa dengan pasangan anda yang nun jauh di sana ( macam saya , hehehe ) . Dengan berjumpa pasangan anda walaupun seketika akan recharge balik kenikmatan dan keindahan cinta anda berdua ( tak tahulah , bagi saya oke saja , hahaha ) . 
Rindu , jumpa . Kalau rindu lagi , jumpa lagi dan seterusnya ( berjumpa mengikut batas-batas moral dan agama ya :) ) .


2) Sentiasa mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan .


Kebanyakan hubungan cinta jarak jauh tidak kekal adalah disebabkan rasa ‘insecurity’ pada diri kita sendiri . Kita asyik berfikir “Ah mesti dia ada orang lain kat sana , sia-2 jer aku setia kat sini” . Betul ke hubungan ni boleh di bawa ke jinjang pelamin nanti ? Jadi anda harus menarik semangat kesetiaan di dalam hubungan anda dengan membersihkan diri anda dari sebarang ketakutan dan percaya pada diri anda dan juga pasangan anda yang nun jauh di sana tue oke ?
3) Beri kejutan kepada pasangan anda .
Hubungan yang sudah lama , sering bertukar menjadi hubungan yang bosan kerana masing-masing sudah ‘selesa’ dengan perbuatan masing-masing. Kalau dulu bukan main lagi sentiasa senyum dan maintain macho , pakai wangi-2 , rambut sikat kemas dan macam-macam lagi perkara yang control .
Cara untuk memecah pola hubungan bosan ini adalah untuk meletakkan elemen of surprise iaitu sebarang kejutan yang bermakna kepada pasangan anda . (saya tidak menanggung sebarang kejutan yang membawa padah seperti sakit jantung ya :) )
Kejutan yang betul akan memberi pasangan anda perasaan terkejut kegembiraan disamping terharu dengan tindakan anda sekaligus mengukuhkan lagi perasaan cintanya kepada anda .
Okay, harap anda boleh praktikan tips cinta ringkas pada posting kali ini .
Ingat , jika anda hendak mengubah situasi hubungan anda , anda harus berani bertindak bukan hanya merancang tanpa sebarang tindakan susulan . Nasib hubungan anda terletak pada keputusan anda .
Semoga Berjaya . Jumpa lagi !
Sang Pencinta Unik dan Misteri ,
Mieroll Comot .











Sunday 18 March 2012

Antara PERCINTAAN dan PERSAHABATAN... Dua perkara yang mempunyai perbezaan !

ANTARA CINTA DAN PERSAHABATAN ?
Andainya aku diberi pilihan untuk memilih diantara kedua-duanya,
Akan ku pilih kedua-duanya,
Kerana bagiku ianya sama bererti dan bernilai dalam hidupku..

Definasi CINTA...
Suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya,
Kerana disebalik keindahan cinta itu,
Tersirat seribu kepahitan,
Yang pastinya merentap kedamaian jiwa seorang pencinta setia
tatkala hubungan diundang kekecewaan...
Namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa yang punya hati dan perasaan,
Hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini tak terungkai dengan bicara dibibir,
Tak tergambar dengan lakonan..
Begitu syahdunya kurniaan ILLAHI,
Lahirnya dari hati seorang insan yang BERAKAL, BEREMOSI, PENYAYANG & BERPERASAAN...

Definasi PERSAHABATAN...
Suatu ikatan yang lahir dari hati,
Keinginan yang ikhlas,
Bagi berkongsi tangis tawa, kasih sayang serta keakraban,
Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya,
Tentang impian dan pengertian hidup ini...
Persahabatan yang murni dan suci boleh diibaratkan seperti 
sebuah perhubungan yang disulami dengan benang kejujuran,
Diwarnai dengan keikhlasan,
Dicurahi dengan kasih sayang yang sejati,
Sekiranya ada yang menjadi seperti gunting dalam lipatan,
Maka robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan...

Teman yang budiman,
Mengertilah maksudku ini,
Sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecilku ini,
Sejak perkenalan kita...

Kita sama-sama bina tugu persahabatan,
Yang kita pagari sendiri dengan pagar kedewasaan,
Yang teguh berdiri megah dilaman hati kita,
Yang tak tumbang dek rintangan,
Tapi hanya satu yang ingin ku pinta,
Agar dikau sentiasa mengingati diriku ini 
tidak kira dalam apa jua keadaan... 



Saturday 17 March 2012

Novelku !


DI PERSIMPANGAN DILEMA
“dirimu dan dirinya kini ada dihatiku, membawa aku dalam kehancuran.. manakala kehadiran dia yang terbaru, menambah kesulitan di diri ini…”


Bab 1
“Dalam kita bersahabat, terapkanlah nilai-nilai murni pada sahabat kita tu. Bersahabatlah kamu kerana Allah SWT insyaAllah kamu akan mendapat keberkatannya kelak.” Pesanan dari arwah ayah yang tercinta menjengah di kotak fikiran Mukriz ketika dia sedang duduk termenung sendirian di bawah pokok rambutan yang rendang menyapu bumi. Dengan suasana angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, Mukhriz mengeluarkan telefon bimbitnya dan menekan butang ‘contact’. Setelah puas Mukhriz mencari-cari nama yang hendak dia hubungi, tiba-tiba bahunya di tepuk dari arah belakang.

“Haaaa, disini rupanya kau Riz? Puas aku cari kau serata kampung. Rupa-rupanya disini ‘port’ kau melayan perasaan.” Sergah Qistina dari arah belakang dengan muka ‘selamber’ lalu merampas telefon yang berada di dalam genggaman Mukhriz.

“Hei Qis, janganlah.” Mukhriz bergelut dengan Qistina sehingga gadis bertudung ala-ala Najwa Latif itu mengaku kalah sambil duduk di hadapan Mukhriz dengan riak wajah yang sedikit mencuka.

“Aku baru nak...” Kata-kata Mukhriz terhenti sejenak setelah melihat Qistina yang berada di hadapannya memegang-megang pergelangan tangannya tanda kesakitan akibat pergelutan yang berlaku di antara mereka tadi.

“Kau tak apa-apa kan?” Mukhriz bersuara dengan wajah yang sedikit risau. Namun, pertanyaan Mukhriz tidak dihiraukan oleh Qistina.
Mukhriz bertanya lagi dengan soalan yang sama. 
“Aku oklah Riz.” Qistina menjawab sambil bangun dan terus melabuhkan punggungnya disebelah Mukhriz.

“Kau nak call aku ke tadi?” soal gadis yang mempunyai kacukan darah melayu dan arab itu.

“Aku nak call kau lah tadi tapi, kau dah datang tepat pada masanya. Macam faham-faham je kau kan?” balas Mukhriz sambil membaling seketul batu ke arah air sungai yang deras mengalir tanpa ada yang menyekatnya.

“Eh Qis, dah lewat ni. Jom aku hantar kau balik. Lagipun tak elok anak dara yang ‘mix blood’ macam kau keluar lewat senja macam ni.” Ujar Mukhriz sambil menghulurkan tangannya ke arah Qistina untuk memberi pertolongan kerana Mukhirz sedar yang pergelangan tangan gadis bertudung di hadapannya itu sakit gara-gara dia juga.

“Nanti kena tangkap basah, tak pasal-pasal kena kahwin ‘free’ dengan kau. Tak naklah aku. Aku masih ada impian yang perlu dicapai.” Bersahaja Mukhriz berjenaka sambil menepuk-nepuk tangannya yang berpasir itu.

“Eh, kau ingat aku ingin sangat ke? Dari kahwin dengan kau, ‘better’ aku jadi andartu.” Qistina membentak setelah dia menyedari yang usikan dari Mukhriz agar keterlaluan.

“Apa orang putih sebut? Single is better than couple. Kan?” Mencelah Qistina dengan nada mengejek.
“Eleh, nak ‘speaking’ london konon minah senget ni?” gumam Mukhriz di dalam hatinya. “Sudah-sudah, jom kita balik. I don’t want to make arguement with you for this time.” Tegas Mukhriz sambil memulakan langkahnya sambil diiringi oleh Qistina. Lalu mereka berdua beriringan di waktu matahari hendak terbenam. 

Bunyi cengkerik dan unggas yang berkeliaran menghangatkan lagi suasana malam di Kampung Jelapang Jaya. Di kampung inilah Mukhriz dilahirkan dan dibesarkan oleh pasangan Abdul Aziz dan Noorhani, dan dikampung inilah juga menjadi sejarah hitam yang akan dikenang oleh Mukhriz sampai bila-bila. Bapa Mukhirz, Abdul Aziz adalah seorang guru besar yang sangat tegas dan mementingkan soal pelajaran. Berlainan pula dengan ibunya, Noorhani, seorang yang sangat penyayang meskipun bekerja sebagai seorang ustazah di sebuah sekolah agama di bandar. Selain Mukhriz, Hamadi, Hamiza dan Hazizi juga adalah anak kepada pasangan Abdul Aziz dan Noorhani. Kehidupan mereka anak-beranak sangat bahagia meskipun ada rahsia yang di sembunyikan oleh Abdul Aziz dan Noorhani. Mungkin suatu hari nanti, segala-galanya akan terungkai juga bila sudah tiba masanya. Sedang Mukhriz dibuai dunia khayalan yang dicipta olehnya sendiri, tiba-tiba dia dikejutkan oleh deringan telefon.

“Assalamualaikum. May I speak with Adam Mukhriz Abdul Aziz?” suara seorang gadis menyoal di hujung talian.

“Waalaikumussalam.” Ringkas Mukhriz menjawab. “Yes, im Adam Mukhriz Abdul Aziz. May I know who are there?” soal Mukhriz kepada ‘gadis misteri’ di hujung talian.

“Im Farah Diba from The Photochronic Company Art & Design.” Gadis dihujung talian memperkenalkan dirinya. “Maaflah kalau saya mengganggu Encik malam-malam begini. Saya sekadar mahu memberitahu yang permohonan Encik Adam untuk bekerja di syarikat kami telahpun di luluskan dan Encik boleh datang untuk mula bekerja pada pada minggu hadapan ya?” ujar Farah dengan terperinci dan secara formal menyebut satu-persatu patah perkataan.

“Oh my Godness. I can’t believe it. Are you sure Miss Farah Diba? You’re not jocking right?” soal Mukhirz bertubi-tubi untuk mencari kepastian.

“Betul Encik, saya tak tipu. Takkanlah soal begini saya nak main-main.” Farah yang berada dihujung talian memberi keterangan yang meyakinkan Mukhriz yang seperti tidak percaya.

“Baiklah Cik Farah. Minggu depan saya pergi ke syarikat cik untuk melapor diri.” Mukhriz berkata dengan senyuman yang terukir di bibirnya.

“Ok Encik Adam. Itu saja yang nak saya beritahu. Jumpa awak Isnin ni ya? Assalamualaikum.” Farah mengakhiri perbualan mereka di telefon.

“Waalaikumussalam.” Balas Mukhriz. “Syukur Alhamdulillah.” Mukhriz melepaskan rasa syukurnya. 

“Akhirnya permohonan aku diterima juga.” Desis Mukhriz di dalam hati. Lalu, Mukhriz mengambil telefon bimbitnya dan menghantar mesej kepada Qistina.

“Esok aku nak jumpa kau dekat food court Giant Simpang tau? Ada benda penting dan amat menggembirakan buat aku yang nak aku ‘share’ dengan kau, Minah Senget.”

Qistina yang sedang membaca novel tersentak apabila menerima kiriman sms. Lalu Qistina membaca mesej yang di kirim oleh Mukhriz.

“Eh, apahal pulak mamat comot ni nak jumpa aku?” Qistina kepelikan lalu membaca sekali lagi mesej yang dikirim kepadanya.

“Petang tadi dahlah cakap main sedap mulut je. Berat berkati-kati, memang menyakitkan hati.” Gumam Qistina tanda tidak puas hati. Lalu dia membalas mesej Mukhriz.

“Baiklah Mamat Comot…” 

Suasana di food court Giant sungguh sesak dan riuh rendah. Mana tidaknya, semua orang cuti pada hari itu. Bermacam-macam gelagat yang dapat dilihat pada hari itu. Ada  pasangan ‘couple’ dengan aksi suap-menyuap, ada suami isteri yang seperti baru nak ‘honeymoon’, dan macam-macam gelagat lagi. Di hujung suatu sudut berdekatan dengan ‘Mee Curry Corner’, kelihatan seorang gadis bersusuk tubuh kecil, sedang gelisah menantikan kehadiran seseorang.

“Assalamualaikum, minah senget”. Sapa Mukhriz dari arah belakang Qistina.

“Waalaikumussalam Encik Mamat Comot,” balas Qistina sambil menyedut air milo yang dibelinya tadi.

“Lagi sekali kau gelarkan dengan panggilan Minah Senget, memang aku bagi kepala kau senget,” serius suara Qistina kerana dia semenangnya tidak suka digelarkan dengan panggilan tersebut.

“Baiklah Puteri Syaza Qistina Binti Syeikh Muzaffar,” ujar Mukhriz dengan nada seperti orang meminta maaf.

“Kau taknak order apa-apa ke? Takpa, aku belanja hari ni,” Mukhriz memulakan bicara setelah melihat wajah Qistina masam mencuka. Dia tidak mahu ‘mood’ gembiranya yang hendak dikongsi dengan Qistina bertukar menjadi lain gara-gara hal kecil saja.

“Tak kot Riz, sebab aku nak kena balik awal. Lagipun adik aku takda sapa nak jaga sebab ‘parents’ aku pergi ‘outstation’.” Balas Qistina bersahaja.

“Baiklah kalau begitu. Oh ya Qis, I want to tell you something a good news.” Mukhriz memulakan bicaranya.

“Semalam, syarikat yang aku bagitahu kau tempoh hari tu ada telefon aku. Kau tau apa mereka cakap?” sengaja Mukhriz membiarkan ayatnya tergantung.

“Ish mamat ni, lain kali kalau nak cakap, cakap je lah ‘straight to the point’. Ni sangkut-sangkut. Makan nasi berulamkan lada, memang mengada-ngada,” gumam Qistina di dalam hati.
Qistina yang sememangnya diberi gelaran ‘ratu pantun’ di zaman sekolah dahulu memang tidak dapat dipisahkn dengan pantun bila berbicara.

“Mereka cakap apa Riz?” soal Qistina ingin tahu.

“Permohonan aku diterima.” Pendek tetapi sungguh bermakna kata-kata Mukhriz.

“What? Are you serius?” soal Qistina dengan wajah yang agak terkejut dengan kata-kata sahabatnya sebentar tadi.

“Iye Qis. Aku tak tipu.” Mukhriz berkata lagi dengan senyuman yang terukir di wajahnya tanda kegembiraan.

“Tahniah Riz. Jadi, ‘conform’lah kau akan pergi behijrah ke negeri orang ni?” soal Qistina sekali lagi.

“Rasa-rasa begitulah Qis. Bila lagi aku nak merasa duduk di tempat orang, tambah-tambah negeri Sabah Di Bawah Bayu. Bukan ke nabi kita menggalakkan supaya kita berhijrah?” Mukhriz menjawab soalan yang di ajukan kepadanya. “Tambah-tambah, ‘awek-awek’ Sabah cun-melecun tu Qis. Memang kau aku pandang sebelah mata sajalah lepas ni.” Usik Mukhriz, sengaja nak membangkitkan kemarahan Qistina.

“Entah-entah masa kau balik sini nanti, tengok-tengok aku dah beranak-pinak kot? Masa tu baru melopong mulut kau,” uji Qistina untuk mempertahankan maruahnya setelah diusik oleh Mukhriz.
Riak wajah Mukhriz tiba-tiba bertukar rupa. Dia sendiri tidak pasti kenapa boleh ada perasaan cemburu bila melihat Qistina dengan lelaki lain atau sebut pasal kahwin dengan orang lain. Selama ini, dia hanya menganggap Qistina sekadar ‘teman tapi mesra’ saja. Dia sendiri bingung dengan perasaannya tersebut. Dengan cepat dia melemparkan satu senyuman ke arah Qistina agar gadis di depannya tidak sedar riak mukanya yang tiba-tiba bertukar tadi.

“Takpelah kalau begitu. Anggap saja kita tiada jodoh dan taarufan, chewahhhh.” Usik Mukhriz tetapi tersirat 1001 maksud disebalik kata-katanya itu.

“Jadi, bila kau punya flight?” soal Qistina setelah menyedari yang kata-kata sahabatnya itu mempunyai maksud lain.

“Lusa.” Ringkas saja jawapan Mukhriz.

“Aku hantar kau ke airport ya, Riz? KLIA atau LCCT?” soal Qistina lagi.

“Mungkin LCCT rasanya sebab aku mana ada duit nak naik MAS. Lainlah macam kau, anak orang kaya. Ayah ada pangkat Dato’.” Mukhriz berkata dengan nada seolah-olah merendah diri.

“Graphic Designer Adam Mukhriz oi, yang kaya dan ada pangkat Dato’ tu ayah aku ye? Aku sama macam orang-orang lain juga. Apa bezanya kalau aku orang kaya dan kau orang miskin? Nothing different right? Kaya ke, miskin ke, kita tetap hamba Allah SWT, Riz.” Qistina bersuara. Tetapi kali ini agak tegas kerana dia memang tidak suka pada orang yang suka merendah-rendahkan diri sendiri.

“So? Please don’t say like that again. I don’t want to hear that, ok?” tengking Qistina sekali lagi dalam keadaan tegas.
Terkejut Mukhriz dengan sikap sahabatnya itu kerana selama ini, Qistina yang dia kenali tidak setegas sepertimana yang ada di depan matanya sekarang ini. Qistina yang dia kenali selama ini adalah seorang yang lemah lembut, sopan santun, peramah dan memang cukup ‘package’ untuk dijadikan calon isteri.

“Baiklah Qis, aku minta maaf. Aku sedar aku tak sepatutnya cakap macam tu tadi. Sekali lagi aku minta maaf ya?” tutur Mukhriz lemah seolah-olah malu setelah ditengking oleh Qistina.

“Tak mengapa Riz. Tak menjadi kudis pun pada aku.” Qistina cuba berjenakan agar sahabatnya tidak tersinggung dengan tengkingan dia sebentar tadi. Kedengaran ketawa kecil bergema mengiringi perbualan mereka berdua.


Bab 2
Di lapangan terbang antarabangsa LCCT, kelihatan berpusu-pusu orang yang hendak ‘terbang’. Semua orang tidak mahu lepaskan peluang untuk ‘terbang’ bersama-sama AIR ASIA. Dengan ‘tagline’, ‘sesiapa saja boleh terbang dengan tambang yang murah’, pasti semua orang tidak mahu lepaskan peluang untuk bercuti dengan ‘package’ AIR ASIA yang telah disediakan.  Dalam kesibukan orang ramai itu, kelihatan Mukhriz sedang menunggu kehadiran Qistina sambil ditemani oleh seorang lagi sahabat karibnya, iaitu Hafiz.

“Kau ni gelisah semacam je, macam kucing mati anak ni kenapa Riz?” soal hafiz hairan dengan kelakuan sahabatnya yang meninjau-ninjau mecari seseorang.

“Takda apa-apalah Fiz.” Mukhriz belagak ‘cool’.
Dia tidak mahu kelakuannya yang tidak senang duduk itu dapat di hidu oleh Hafiz. “Riz, aku kenal kau bukan sehari dua. Masuk hari ni, dah genap 18 tahun kau tau? Sejak di tadika lagi kita kenal, masakan aku tak boleh tau kalau kau gelisah ataupun tidak.” Hafiz menyoal lagi untuk mencari kepastian dan ingin tahu siapa yang dinanti-nantikan oleh sahabatnya itu.
Dari jauh kelihatan gadis kecik molek, dengan berbaju kurung moden berwarna biru laut, di kenakan pula dengan tudung Najwa Latif bunga-bunga ros kecil berwarna putih, menyerlahkan lagi kejelitaan dan keayuan yang ada pada Qistina.

“Sorry Riz, daddy I tadi tak boleh datang. So, dia suruh driver dia datang jemput I untuk datang ke sini. Sebab tu I lambat.” Qistina memulakan bicara sambil duduk di sebelah Mukhriz tanpa menyedari yang Hafiz baru datang dari arah tandas berdekatan.

“It’s ok Qis,” tenang Mukhriz menjawab.

“Ohh, patutlah duduk tak senang, berdiri tak senang, asyik tengok handphone je dari tadi. Rupa-rupanya, Puteri Syaza Qistina yang dinanti-nantikan oleh cik abang kita ni.” Usik Hafiz dari arah belakang tempat duduk Mukhriz dan Qistina sambil diiringi gelak tawa seakan-akan mengejek setelah menyedari muka Qistina merah padam dan muka Mukhriz terpinga-pinga.

“Eh Fiz, kau jangan serkap jarang ye? Aku dengan mamat comot ni takda apa-apa ‘special feeling’ pun. We all just friends, ok?” Qistina cuba menafikan andaian Faez tadi.

“Cik Qistina oii, ada pensel ada pemadam, kenapa murah awak merah padam? Hahaha.” Usik Hafiz lagi.

“Errrrrrr…” Qistina mati kutu dengan ‘pantun’ Hafiz.

“Eh, dahlah Fiz, Qis. Sini bukan gelanggang debat atau perbahasan. Jadi, tak payah nak jual beli pantun pulak kat sini. Tak laku pun.” Celah Mukhriz untuk menamatkan debat di antara Hafiz dan Qistina.

“Hahaha.” Gelak Hafiz seakan mengejek.

“Oh ya Riz, pukul berapa kau punya flight?” soal Qistina setelah keadaan kembali reda tanpa ada jual beli pantun.

“Pukul 3.45 petang,” ujar Mukhriz sambil sempat melirikkan matanya ke arah jam yang ada di tangannya.

“Masih ada 45 minit lagi la kalau begitu. Sekarang baru pukul 3 petang.” Qistina bersahaja berkata.

“So, ‘boarding time early 15 minutes right?” soal Qistina lagi.


“Yup, kenapa?” soalan di balas dengan soalan juga dari Mukhriz.

“Eh mamat ni! Kita soal dia, dia soal kita balik?” Qistina bermonolog sendiri di dalam hati.

“Nothing else, Riz.” Ringkas Qistina menjawab kerana dia sudah kehabisan idea untuk berkata-kata.

“Qis, sebenarnya aku ada benda penting nak bagitahu dekat kau. Actually, I…” ayat Mukhriz tersangkut tiba-tiba.

“Perhatian, kepada penumpang-penumpang MH 2704 sila berada di ruangan menunggu sekarang.” Suara pengumuman bagi ‘boarding time’ membantutkan niat Mukhriz untuk menyatakan hasrat hatinya kepada Qistina.

“Takpalah, biarkanlah dulu. Kalau jodoh tak ke mana. Bak kata Dato’ Siti Nurhaliza, Biarlah Rahsia.” Desis Mukhriz di dalam hati sendiri.

“Riz, kau jangan lupakan aku di semenanjung ni ye?” perlahan suara Qistina kedengaran dengan nada yang sebak . Dia sendiri tidak tahu kenapa mesti perasaan hiba datang menyelubungi perasaannya tatkala hendak berpisah dengan Mukhriz sekarang ini.

“Eh, takkan aku boleh lupa pada kau Qis. Kau kan sahabat baik aku merangkap ‘bini no 2’ aku sampai bila-bila. Hahaha.” Mukhriz bersahaja menjawab sambil melepaskan gelakan yang agak kuat.

“Eh, kenapa aku ni? Qistina, kau tak boleh ikut perasaan yang kau sendiri tak tahu jawapannya.” Suara hati kecil Qistina berperang-perang di dalam.

“Kau ni kenapa Qis? Sensitif semacam je?” soal Mukhriz kehairanan. “Sebenarnya aku… aku…” ayat Qistina terputus-putus seperti pesalah yang sedang di soal siasat.

“Eh, sejak bila pulak Qistina yang aku kenal seorang yang pemalu pulak ni?” Mukhriz terus menyoal bagi mendapatkan jawapan.

“Takkan aku nak mulakan dulu? Memang perigi cari timba la jawabnya.” Ngomel Qistina sendirian.

“Takpalah Qis. Aku dah lewat ni. Nanti tak pasal-pasal terlepas pulak penerbangan aku. Aku pergi dulu ya?” Mukhriz bersahaja berkata sambil bangun dan menarik pemegang beg sorong yang beada di sisinya itu.

“Qis, what happen will be, you’re still my beloved friend until my last breath. I’ll promise.” Mukhriz berkata sekali lagi sambil memegang tangan Qistina.

“Really?” Qistina menyoal bagi mendapatkan kepastian sambil ada air jernih yang mula bergenang di bening kelopak matanya.


“Trust me Qis, trust me.” Mukhriz terus menraih tangan Qistina lalu meletakkan di dadanya tanpa menghiraukan yang aksi mereka berdua itu diperhatikan oleh Hafiz yang berada di hujung suatu sudut berhampiran dengan mereka.

“Okey Riz. Take care ya? Jangan lupa call aku kalau kau dah selamat mendarat nanti, okey?” Lantas Qistina menarik tangannya yang berada di dalam genggaman setelah melihat Faez memandangnya dengan senyuman yang seakan mengejek.

“Okey Qis. U too. Assalamualaikum.” Mukhriz cuba berlagak ‘cool’ setelah malu kerana tidak sedar yang perbuatannya itu sudah keterlaluan. Merah padam muka mereka berdua setelah terdengar batuk seperti mengejek dari arah Hafiz.

“Waalaikumussalam.” Qistina menjawab salam sahabatnya itu lalu duduk semula di kerusi.

“Fiz, aku pergi dulu ya? Mukhriz mendapatkan sahabatnya itu lalu mereka bersalam-salaman sambil berpelukan di antara satu sama lain.

“Sepanjang peninggalan aku nanti, kau tolong tengok-tengokkan Qistina untuk aku ya?” pesan Mukhriz kepada sahabat karibnya itu sambil meleraikan pelukan di antara mereka berdua.

“Eh, kau dengan minah senget tu ada apa-apa ke, Riz ? Semacam je aku tengok?” usik Hafiz sekali lagi meskipun dia sudah dapat menghidu hubungan di antara Mukhriz dan Qistina.

“Baiklah Fiz, aku kena minta diri dulu. InsyaAllah kalau tiada aral melintang, cuti nanti aku balik ye? Jaga diri baik-baik. Assalamualaikum.” Mukhriz tidak mengendahkan soalan dari sahabatnya itu dan terus melangkah pergi ke arah pihak imigresen untuk pemeriksaan. Sempat lagi Mukhriz menoleh ke arah belakang sambil melambaikan tangan kepada Qistina dan Hafiz.

Setelah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan Sabah yang memakan masa selama 2 jam 45 minit itu telah selamat mendarat, Mukhriz melangkah kea rah tempat untuk mengambil bagasinya. Sedang dia menunggu gilirannya untuk mengambil bagasinya, tiba-tiba handphonenya berbunyi.

“Cik Mukhriz di mana? Saya ada di depan pihak imigresen bahagian luar ni.” Jelas Farah setelah hampir sepuluh minit menunggu Mukhriz yang sudah tiba di lapangan terbang Sandakan.

“Kejap, saya baru nak keluar ni.” Mukhirz mempercepatkan langkahnya agar tidak membuat Farah tertunggu-tunggu akan ketibaan dia.

“Assalamualaikum.” Sapa seorang gadis ‘free hair’ dari arah belakang Mukhriz. Dengan mempunyai ketinggian ala-ala model, bentuk muka bujur sireh, mata kuyu, memang membuat kaum Adam yang melihat Farah Diba Mansur menjadi cair.

“Waalaikumussalam.” Balas Mukhriz sambil mamalingkan wajahnya ke arah suara yang menegurnya tadi.

“Comotnya mamat ni! Tapi ‘handsome,” desis hati kecil Farah berbicara tatkala terpandang wajah Mukhriz.

“Pergghhh, cantik betul gadis yang ada depan mata aku ni,” spontan Mukhriz berkata di dalam hatinya ketika mata mereka berdua bertentangan antara satu sama lain. Lantas Mukhriz cepat-cepat memalingkan mukanya supaya dia tidak hanyut dengan cinta pandang pertama.

“Dari pukul berapa Cik Farah tunggu saya?” Mukhriz memulakan bicara setelah dia dapati mereka berdua kelu untuk berbicara.

“Adalah dalam 15 minit kalau tak salah saya.” Bersahaja Farah menjawab sambil sempat anak matanya melirik dari hujung rambut hinggalah ke kasut Mukhriz. Memang tidak di nafikan yang sememangnya Mukhriz mempunyai raut wajah yang agak tampan. Dengan warna kulit yang putih kemerahan, bibir yang merah tanda dia bukan seorang perokok memang membuat semua gadis yang melihatkan akan cair. Tetapi, jambang yang tumbuh di wajah Mukhriz itulah yang membuat ramai gadis-gadis mengatakan dia seorang yang comot, tambah-tambah gadis yang dia cintai dalam diam-diam, iaitu Qistina. Masih Mukhriz ingat lagi ejekan Qistina pada dirinya dahulu semasa sama-sama menuntut di Universiti yang sama.

“Budak comot, boleh tak kalau kau cukur jambang kau tu. Serabai lah aku tengok. Macam orang tak terurus je.” Ejek Qistina pada Mukhriz sebelum melangkah keluar dari dewan kuliah. Tapi, memang tidak di akui yang jambang Mukhriz itulah yang membuatkan ramai gadis-gadis di Universiti Utara Malaysia tergila-gilakan dia.

“Hello Encik Mukhriz.” Sapa Farah sambil menepuk tangannya kea rah Mukhriz yang seperti hanyut dalam imbauan masa lampau.

“Err, maafkan saya Cik Farah. Apa yang Cik farah katakan tadi?” soal Mukhriz dengan muka terpinga-pinga seperti orang yang baru sedar dari tidur.

“Takda apa-apa. Eh, marilah saya hantar Encik Mukhriz ke hotel untuk berehat. 2 jam lebih dalam kapal terbang, mesti letih kan?” soal Farah sambil memulakan perjalanannya ke arah kereta BMW 7 series kepunyaannya. Memang terserlah Farah mempunyai ciri-ciri seorang gadis koprat yang berjaya. Mukhriz membontoti Farah dari arah belakang.

“Encik Mukhriz, nanti malam saya ambil awak dan kita ‘dinner’ sama-sama ya? Takpa kan?” pelawa farah seraya menghentakkan pinggulnya di atas sofa keretanya yang sememangnya empuk itu.

“Boleh juga. Lagipun saya tak tau nak makan dekat area mana.” Mukhriz menerima pelawaan Farah Diba untuk mengajaknya keluar. Lalu Farah terus memecut kereta BMWnya ke arah Sandakan Hotel yang berdekatan dengan pusat bandar. Setelah selesai ‘check-in’, Mukhriz terus melangkah menuju ke bilik 101 untuk membersihkan diri dan menunaikan tugasnya sebagai seorang Muslim.